Perbahasan Rang Undang-Undang Pindaan Akta Tabung Angkatan Tentera 1973 oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera YB Wong Hon Wai pada 01.08.2022.
Video here: https://fb.watch/e-au4J_gPd/
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya turut ingin menyertai perbahasan pindaan Akta Tabung Angkatan Tentera 1973. Kalau kita baca mukadimah akta asal, satu tabung untuk mengadakan faedah persaraan dan lain-lain faedah bagi pencarum dan bagi maksud bersampingan menggalakkan pembangunan sosioekonomi dan kebajikan dan menyediakan faedah lain bagi personel akan bersara dan personel bersara Angkatan Tentera Malaysia.
Ia satu dana persaraan. Apabila kita baca ada pindaan terhadap seksyen 4, kelayakan daripada ahli lembaga. Ada dua kriteria yang sangat unusual kita panggil kejujuran yang tidak diragui, ketekunan. Saya rasa kita perlu tambah satu lagi profesionalisme. Ahli Lembaga LTAT perlu ada profesionalisme kerana ini adalah dana persaraan, perlu ada profesionalisme daripada input daripada ahli ekonomi pelaburan dan kewangan.
Sebelum ini, Ahli Lembaga LTAT digunakan sebagai satu revolving door untuk bekas ahli politik yang aktif, yang bersara ataupun Panglima Angkatan Tentera yang bersara yang menjadi ahli lembaga. Saya mencadangkan supaya lebih ramaikan profesionalisme dan juga dengan kewangan dan sebagainya. Tambah satu lagi klausa supaya Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri tidak boleh menjadi Ahli Lembaga LTAT.
Sebelum itu pada tahun 2015, Pengerusi LTAT dilantik menjadi Senator pula. Sepatutnya Ahli Parlimen yang akan kawal selia ataupun pemantauan terhadap LTAT – tahun 2015 Pengerusi LTAT menjadi Ahli Parlimen, Senator. Saya rasa itu perlu – ada conflict of interest dan perlu ada diperbetulkan.
Saya baca juga seksyen 25, saya amat runsing apabila membaca satu tambahan seksyen 25.
Peruntukan bagi pendahuluan daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan, jika Lembaga LTAT pada bila-bila masa tidak berupaya untuk membayar apa- apa jumlah wang kepada pencarum, maka akan di-advance ataupun diberikan pendahuluan daripada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. Satu klausa yang amat merunsingkan.
Tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri memberitahu jumlah portfolio LTAT RM10 bilion.
Tidak akan RM10 bilion hingga perlu ada satu klausa bahawa tidak cukup buat pembayaran kepada pencarum? Adakah satu signal bahawa LTAT tidak dapat menguruskan kewangan dengan baik dan perlu juga klausa ini supaya Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan perlu menyelamatkan LTAT? Itulah implikasi yang imply seksyen 25 ini.
Kenapa kita berkata begitu? Ini kerana LTAT, dalam Laporan PAC yang dibentangkan oleh PAC hari ini muka surat Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan (JKSTUPKK) dipetik mengatakan perbincangan antara Menteri-menteri bahawa LTAT adalah sebuah government-linked investment company (GLIC).
Saya ingin memperbetulkan, dia bukan satu GLIC, ia adalah satu dana persaraan seperti KWSP dan bukan satu alat oleh kerajaan untuk membuat pelaburan strategik untuk menyelamatkan projek-projek kerajaan. Sebelum ini saya nampak LTAT digunakan untuk AES. Tadi Yang Berhormat Seremban membangkitkan untuk projek strategik AES. LTAT digunakan juga untuk projek kapal tempur pesisir atau littoral combat ship (LCS) di bawah Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd. (BNS).
LTAT pegang 61 peratus daripada BNS dan projek itu seperti yang kita tahu cost overrun, behind schedule dan satu kapal LCS pun tidak terima. Itulah masalah kita. Saya hendak minta satu jawapan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri, apakah kos tambahan projek LCS tersebut. Sampai hari ini kita hanya tahu bahawa RM5.94 bilion telah dibelanjakan tetapi enam kapal tidak diterima dan apakah kos tambahan tersebut. Perlu juga berikan maklumat daripada kerajaan.
LTAT ini penting kerana LTAT memegang juga Boustead Holdings Berhad, Boustead Heavy Industries Corporation Berhad, Boustead Plantation Berhad, Affin Bank dan Pharmaniaga Berhad. LTAT mempunyai indirect interest dengan syarikat-syarikat yang saya sebut tadi.
Oleh itu dia perlu, LTAT terdedah kepada business risk yang begitu tinggi dan saya meminta supaya perkara yang saya mention ini diberikan penjelasan kerana dana persaraan ini penting untuk anggota tentera kita. Kita telah menerima begitu banyak memorandum daripada veteran-veteran bahawa mereka menghadapi masalah persaraan dan LTAT kalau tidak diuruskan dengan baik, masalah sekuriti persaraan veteran-veteran kita akan menghadapi masalah.
Saya sebut tadi, saya minta juga dari segi government procurement, pembelian dari segi peralatan ketenteraan memandangkan bahawa Transparency International telah menyebut bahawa Government Defence Integrity Index (GDI), Malaysia mendapat kategori “D”. “D” untuk Government Defence Integrity Index dan kita perlu juga memperbaiki, ada pelan transformasi untuk memperbaiki performance LTAT supaya dividen LTAT kita boleh setara dengan KWSP.
Saya ingin membuat penggulungan bahawa LTAT ini penting untuk retirement security pegawai-pegawai tentera dan juga anggota ATM kita. Kita perlu ada dividen yang lestari supaya dana persaraan anggota kita dijamin dan pada masa yang sama kita perlu inject professionalism dalam pengurusan LTAT supaya dia dapat setara dengan retirement funding seperti KWSP. Saya minta Yang Berhormat Timbalan Menteri menjawab setiap persoalan yang saya bangkitkan tadi. Sekian, terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
No comments:
Post a Comment